CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 14, 2012




hyee... lama dah rasanya xmenulis blog nie..
dulu,saya ppernah ada blog.. tp sejak 2 menjak nak exam SPM nie...  
sy dah kurang untuk menulis blog...
NOW, InsyaAllah saya akan slow-slow buat blog baru sy nie bertujuan untuk
saya belajar dan berkongsi ilmu Allah dengan anda semua...
ok,mlm nie saya nak berkongsikan kepada anda semua tentang KEMANISAN IMAN..
ok,today i want to tell u all about KEMANISAN IMAN... (waduh2x, speaking london guek...hahaha)

Kemanisan iman nie dalam bahasa Arab ialah Halawatul iman...

Bila anda dengar perkataan “manis”
Apakah yang terbayang di fikiran?
Kuih-muih, gula-gula, masakan mak, ais krim, kek coklat, dan lain-lain.
Pelbagai jenis makanan dan juadah.

nie... totelat pom manis gak kan??
Betul ke?
Ada tak sesiapa yang terfikir tentang iman?



Ya, kemanisan iman (halawatul iman).
Baguslah jika ada yang terfikir sebegini. Alhamdulillah...hehehehe

.
Selalunya kalau kita makan sesuatu yang sedap, tentu kita akan rasa nak makan makanan tersebut buat kali kedua. Dan kalau boleh rasa nak makan selalu juadah tu. Sebab apa? Sebab kita dah pernah rasa kesedapan dan kenikmatan makanan tu. Kita rasa sedap dan nak merasai lagi kesedapan makanan tu.
Contohnya, pada hari lahir anda, sahabat baik anda telah membuatkan cheesecake yang sangat sedap. :) Yummy!! Biasanya, kita akan dapat kek semasa sambutan hari lahir. Tapi disebabkan kesedapan kek tu, kita akan usahakan juga untuk makan kek sungguhpun pada hari-hari biasa. Tak kisah sama ada kita beli sahaja atau buat sendiri. Yang penting dapat makan kek! btl x??? hehehe
Apa kaitannya dengan iman kita?
Iman. Pernahkah kita merasai kemanisan iman? Adakah sebab kita tidak pernah merasai manisnya atau nikmatnya iman itu membuatkan kita tidak pernah merasa ingin untuk betul-betul mencari iman itu?
Apa Nabi kata tentang halawatul iman?
Sabda Rasulullah SAW.: “Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api”.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Secara asasnya, ada tiga perkara yang perlu kita lakukan untuk capai kemanisan iman:
1. Mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-galanya
2. Mencintai seseorang hanya kerana Allah
3. Benci kpd kekufuran spt benci dimasukkan dlm api neraka
Tanyakan pada diri kita, adakah kita sudah cuba untuk melaksanakan perkara-perkara ini?
Dalam setiap tindakan, di manakah kita meletakkan Allah dan Rasul. Di manakah zikrullah dan selawat kita setiap hari? Sudah cukupkah?
Dalam pergaulan dan kehidupan sehari-harian kita, adakah kita sudah menyayangi sesuatu itu kerana Allah? Adakah kita benar-benar faham apabila dikatakan sayang sesuatu kerana Allah?
Dan sudahkah kita benci kepada kekufuran seperti kita bencikan api neraka? Bagaimana dengan jahiliah yang kita lakukan setiap hari sama ada dalam sedar atau tidak. Kita bencikan api neraka. Tahu keperitannya jika diazab didalamnya. Tak tertahan kepanasannya yang menghambat tubuh. Namun sudah cukupkah kita bencikan jahiliah seperti itu juga?
Tepuk dada, tanya iman.
Wahai diri,
Beringatlah, carilah kemanisan IMAN.
Jika ditanya mengapa diri masih tetap sama di situ, tidak bergerak dan statik? Mungkin kerana diri masih belum pernah disuap oleh rasa manisnya iman. Tidak pernah merasai kemanisan iman. Jadi, tiada rasa urgensi untuk mencari dan menambah iman.
Maka, berusahalah untuk terus mencari kemanisan iman..
Sesungguhnya, hati yang telah merasai kemanisan iman tidak akan mudah berpaling lagi dan akan terus maju ke hadapan demi terus merasai nikmat kemanisan iman yang dijanjikan..
InsyaAllah. Semoga dalam setiap hela nafas kita diselitkan dengan semangat untuk mujahadah ke arah mencari kemanisan iman.
Semoga dengan itu, hidup kita di atas muka bumi ini akan menjadi lebih bermakna.
Iman letaknya di dalam hati. Terdapat dua lagi perkara yang letaknya juga di dalam hati. Tahukah anda?
Al-Quran, surah Al-Anfal, ayat 2:

maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Dua lagi sahabat iman yang duduknya di dalam hati ialah Al-Quran dan Zikrullah. Maka, dalam kita mencari kemanisan iman, perbanyakkanalah kita menadaburi ayat-ayatNya dan juga zikir kepada Allah.Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita tiga sifat ini (yang tersebut dalam hadis di atas) agar 'kemanisan Iman' itu benar-benar dirasai. Moga dengan itu, jalan kita untuk bertemu dengan manisnya iman akan lebih dipermudahkan insyaAllah.
#  jom sama2x kita mencari kemanisan iman....xrugi tauk..malah lagi disayangi dan dirahmati oleh Allah... amin...#


0 comments: